fb fb fb fb fb

Kembara RIUH Keluarga Malaysia menyemarakkan lagi industri seni dan kreatif

KOTA KINABALU, 4 Jun - Kembara RIUH Keluarga Malaysia edisi Riuh Bah! bersama Hotlink memberi peluang kepada RTM untuk mengukuhkan jenamanya di Sabah.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, program turun padang itu membolehkan RTM mendekati dan berinteraksi dengan masyarakat termasuk pemain industri kreatif.

Menurutnya, ia sekali gus mendapatkan maklumat untuk melaksana langkah penambahbaikan.

"Apabila RTM berpeluang turun padang seperti ini, maka kami dapat bertemu dengan masyarakat dan berinteraksi dengan industri kreatif sebab fokus RIUH pada industri kreatif tempatan," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud menyantuni kakitangan RTM Sabah di SICC/FOTO RTM Sabah)

Berskala lebih besar, edisi RIUH bah! menyajikan kepelbagaian budaya tradisi dan sejarah unik, sekaligus mengetengahkan bakat penggiat industri kreatif terutama dari negeri di bawah bayu selama tiga hari mulai semalam.

Menyedari pentingnya industri Seni dan Budaya Kreatif dalam pembangunan negara, kerajaan komited untuk menyemarakkan semula industri ini ketika memasuki Fasa Endemik COVID-19.

Program ini dijangka mencipta sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi, serata tanah air serta memberi sokongan kepada lebih 2,000 perniagaan tempatan.

Lagi berita berkaitan:
K-KOMM, MOTAC kerjasama promosi RIUH-Keluarga Malaysia
Festival Riuh usaha merakyatkan K-KOMM- Annuar
RIUH Keluarga Malaysia: bantu jana pendapatan penggiat seni dan industri kreatif
Program Riuh Ek! Keluarga Malaysia diperluas ke negeri-negeri
Johor lokasi pertama program RIUH Keluarga Malaysia
KKMM anjur 'RIUH-Keluarga Malaysia' bermula Januari tahun depan

Media Baharu