fb fb fb fb fb

Kemasukan pelajar STEM meningkat - KPM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Peratusan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM) meningkat sebanyak lima peratus dalam tempoh dua tahun kepada 45.73 peratus berbanding 40.95 peratus pada 2021.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ia terus meningkat kepada 50.83 peratus pada 2024. 

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha memperkasakan STEM.

"Ketiga-tiga kementerian ini akan membentuk satu jawatankuasa bersama untuk mengendalikan isu berkenaan pendidikan STEM dan juga permintaan daripada industri berkenaan dengan pakar-pakar STEM kita," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Lim Pay Hen di Dewan Negara di sini.

KPM turut akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah terpilih di seluruh negara dalam usaha meningkatkan minat pelajar kepada bidang STEM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM