fb fb fb fb fb

Kemalangan lima kenderaan di Banting, dua terkorban

Foto Ihsan JBPM

BANTING, 22 Januari- Seorang wanita dan kanak-kanak terkorban dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting Dengkil Lg Sg Manggis, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila sebuah lori melanggar empat kenderaan, lalu menghempap satu daripadanya menyebabkan seorang pemandu dan penumpang tersepit.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang yang menerima panggilan pada pukul 7.03 minit pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan semua mangsa yang tersepit antara pukul 8.45 hingga 9.45 pagi tadi.

Mangsa yang terkorban berusia 40-an dan 10 tahun, kedua-duanya meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi, wanita berusia 20-an cedera pada bahagian kaki.

Bagaimanapun, identiti salah seorang mangsa masih belum dikenal pasti.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM