fb fb fb fb fb

Kemalangan libat tiga buah kenderaan, tiga maut

Pihak Bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat/Foto RTM

MARAN, 9 September - Tiga maut termasuk dua pelajar dan empat cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 34 Jalan Maran, Bandar Jengka, daerah Maran, Pahang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Myvi dengan dua kereta jenis MPV iaitu Alza dan Avanza.

Norainini Ali, 42 tahun, yang memandu kenderaan Perodua Alza yang juga kerani Sekolah Kebangaaan Jengka 3 maut di tempat kejadian.

Manakala, anaknya Aufa Medina Azuan, 7 tahun yang merupakan murid SK Jengka 3 meninggal dunia di Klinik Kesihatan Jengka.

Sementara pemandu kereta Myvi yang merupakan guru SK Jengka 6 mengalami kecederan ringan.

Bagi kenderaan Toyota Avanza, pemandu kereta berusia 28 tahun cedera parah di kaki dan sedang dirawat di Hospital Temerloh manakala penumpang hadapan, Nik Nurien Haziqah Nik Ibrahim,13 tahun yang juga pelajar SMK Jengka 2 meninggal di tempat kejadian.

Sementara penumpang belakang iaitu Nur Aisyah Sofiyyah Rusdi, 13 tahun, dan Nur Ain Nadia, 13 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati perodua Alza dalam perjalanan dari arah bandar Jengka menghala ke Bandar Maran, sebaik tiba di tempat kejadian Toyota Avanza dipercayai masuk bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza.

Perodua Myvi kemudian yang datang dari arah bandar Jengka menghala ke bandar Maran tidak sempat mengelak dan melanggar Toyota Avanza yang sedang melintang di tengah jalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Trainee