ISKANDAR PUTERI, 16 Disember- Kelonggaran syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mampu melonjakkan sektor ekonomi di Johor.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bakal memudahkan pergerakan manusia dan barangan, sekali gus mempertingkatkan perdagangan digital di kawasan berkenaan.
"Itu akan memberi manfaat kepada Johor serta menguntungkan Singapura kerana kos sara hidup lebih tinggi di Singapura."
"Kami berharap dalam konteks Johor, Singapura, zon ekonomi khas, kelonggaran MM2H dan usaha ini akan membantu pertumbuhan ekonomi di Johor," kata Liew kepada pemberita selepas melakukan tinjauan penurapan jalan di sekitar Kampung Pok, Tanjung Kupang, Gelang Patah, di sini.
Penubuhan zon ekonomi itu juga dijangka akan memberi manfaat kepada Johor serta menguntungkan warganegara Singapura.