fb fb fb fb fb

Kelantan pandang serius laporan tahfiz ajaran sesat



KOTA BHARU, 21 Januari- Kerajaan negeri Kelantan sedang meneliti dan menunggu laporan berhubung sebuah pusat tahfiz Pondok di Gunong, Bachok yang dipercayai bercanggah dengan ajaran Islam.

Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, pihaknya kini sedang menunggu laporan yang sedang dibuat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan memandang serius mengenai perkara berkenaan.

"Kami sentiasa memantau pergerakan pusat tahfiz yang berada di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan berdaftar dengan MAIK."

"Setakat ini tiada sebarang laporan berkait dengan ajaran yang bercanggah dengan Islam, kata Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian New Year Special Event 3.0 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 di Kota Bharu.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, dan Presiden eRAT 4x4 Mohd Rafiee Daud.

Terdahulu Datuk Ahmad melepaskan 100 peserta konvoi program pertandingan sukan lasak di Lata Salju Ulu Tembeling, Kuala Krai yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Januari ini.

Media Baharu