fb fb fb fb fb

Kekal dalam Kabinet, Tengku Zafrul ucap terima kasih kepada PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengekalkan beliau sebagai ahli Jemaah Menteri bersempena rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan kementerian yang baharu dan mengingatkan mengenai kepentingan semangat berpasukan dalam sesebuah kerajaan.

"Terima kasih kepada kepercayaan dan keyakinan Yang Berhormat Perdana Menteri kepada saya untuk dapat mengekalkan sebagai Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri. Bagi barisan Kabinet yang lain, yang baru, yang masuk saya nak mengucapkan tahniah kepada mereka.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pra-Pelancaran The Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024).

ROSLINA BINTI DIN