fb fb fb fb fb

Kejohanan Ragbi 10's Balik Pulau Terbuka, platform perkenal pelancongan

Pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, johan kategori wanita IPT

BALIK PULAU, 21 Julai- Kejohanan Ragbi 10 sebelah Balik Pulau Terbuka Kebangsaan 2024 yang memasuki edisi ke-13 dilihat menjadi platform bagi memperkenalkan Balik Pulau sebagai pusat pelancongan di samping bersukan.

Pengerusi Kelab Ragbi Balik Pulau Rosli Rais berkata, kejohanan itu juga merupakan sebagai persiapan kepada Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung pada September depan bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Ianya merupakan kejohanan yang mengangkat martabat Balik Pulau sebagai pusat pelancongan dan ianya dijalankan semasa musim durian dan selama 13 tahun kita menjalankan aktiviti ini.

"...semasa musim durian untuk promosikan Balik Pulau ini di Malaysia dan juga di mata dunia untuk bersama-sama menjayakan aktiviti sukan, pelancongan dan persahabatan," katanya kepada pemberita selepas membuat penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Piala YB Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik bertempat di Politeknik Balik Pulau di sini.

Kategori yang dipertandingkan ialah kategori terbuka, IPT lelaki dan wanita serta jemputan dan bawah 12 tahun.

Muhammad Dzulhilmi Muhammad Zulkarnain peserta yang menyertai kejohanan itu meluahkan kegembiraan dan menganggap ia sebagai platform mengetengahkan bakat baharu.

"Perasaan sangat gembira dapat bermain pada kejohanan Balik Pulau 10's saya ucapkan, kerana memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat yang boleh dipersembahkan. Insya-Allah akan dipersembahkan di peringkat kebangsaan nanti," katanya.

Sementara itu jurulatih Khairil Nizar Samsudin berkata, kejohanan berkenaan memberikan peluang kepada bakat-bakat baharu mempamerkan persembahan.

"Kita juga boleh melihat bakat-bakat baru daripada kalangan pelajar IPT wanita dan juga terbuka. Selain itu kami diberi peluang sangat baik di sini," katanya.

Bagi kategori lelaki IPT, johan menjadi milik Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala kategori wanita IPT dirangkul pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Bagi kategori terbuka pula ia dirangkul pasukan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Port Dickson.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI