PUTRAJAYA, 16 April- Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatukan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah menzahirkan keprihatinan tinggi Anwar terhadap kebajikan rakyat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, kejayaan itu juga menunjukkan daya kebijaksanaan kepimpinan Anwar yang cukup dihormati dunia.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Nadir Al-Nuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Mohd Naik menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin.
"Marilah bersama-sama dengan keberkatan bulan Syawal ini, kita memperkukuhkan kesatuan dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan buat rakyat Palestin," tambahnya.
Terdahulu, Nadir Al-Nuri menyifatkan Perdana Menteri sebagai watak utama dalam "misi gila" bagi membawa pulang keluarga yang terkandas di Rafah pulang ke tanah air.
ARTIKEL BERKAITAN
Nadir Al-Nuri bersatu semula dengan keluarganya, PM zahir rasa syukur