fb fb fb fb fb

Kegiatan seludup masuk PATI di Johor terbongkar - JIM

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 8 Julai- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menumpaskan kegiatan sebuah syarikat yang membawa, membekal dan menggaji pekerja asing dalam satu operasi di Johor Bahru, pada 4 Julai lalu.
 
Tiga lelaki Pakistan berusia antara 28 hingga 50 tahun dicekup.
  
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata siasatan awal mendapati syarikat itu didaftar menggunakan nama wanita tempatan yang didakwa isteri suspek utama.
 
Dua lelaki Pakistan mengaku membayar RM7,000 kepada suspek bagi mendapatkan pas lawatan kerja sementara.
 
JIM Johor turut menemui 35 pasport pelbagai negara selain bukti pembayaran gaji, tawaran kerja, perjanjian pembekalan pekerja dan rekod salinan pasport.
 
Suspek utama disiasat mengikut seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 6(1)(c).
 
Dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 56 (1a) (c) Akta Imigresen.
 
Dalam perkembangan lain, seramai 173 pekerja asing berusia antara 19 hingga 54 tahun ditahan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing bermula 1 hingga 3 Julai lalu.
 
Mereka yang ditahan melibatkan pekerja asing warga Myanmar, Indonesia, Thailand, Pakistan, Bangladesh, India dan Sri Lanka.
 
Selain tangkapan itu, turut ditahan seorang majikan tempatan berumur 54 tahun.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM