fb fb fb fb fb

Kegiatan ekstremis agama dan ajaran sesat jadi keutamaan Polis Johor

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar/Foto RTM

JOHOR BHARU, 27 Mei - Pemantauan terhadap kegiatan ektrimis agama, kumpulan ajaran sesat dan meragukan, akan menjadi keutamaan Cawangan Khas Johor, bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negeri dan negara.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, kerjasama keluarga dan jiran juga memainkan peranan penting ke arah usaha itu, dengan menyalurkan maklumat awal kepada polis.

Tindakan berkenaan sebagai langkah pencegahan awal kegiatan ekstrimis agama dan ajaran sesat, melibatkan pemerhatian terhadap perubahan sikap, tingkah laku, dan aktiviti harian seseorang individu.

Maklumat tersebut juga membantu pihak berkuasa mengenalpasti individu disyaki terlibat, kerana pihak polis tidak dapat menilai personaliti dan ideologi individu daripada mata kasar.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan Kontinjen Johor di Johor Bahru.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD