fb fb fb fb fb

Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi

FOTO PDRM

BETONG, 28 Januari - Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi.

Empat daripada mereka maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, petang tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superitenden Kamarulzaman Jusoh, rempuhan itu menyebabkan kenderaan dinaiki lima sekeluarga itu berpusing sebelum melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang maut Raihan Mohamad, 43, serta tiga anaknya Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, tujuh, dan Ahda Imtinan, empat, manakala suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, cedera di tangan kiri.

Ujian awal saringan air kencing mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit positif dadah.

 

Media Baharu