fb fb fb fb fb

Kedah rekod peningkatan kes demam denggi lebih tiga kali ganda

Foto Hiasan

ALOR SETAR, 3 Januari- Kepadatan penduduk yang tinggi antara faktor utama peningkatan kes demam denggi di Kedah secara mendadak di empat buah daerah pada tahun lalu berbanding 2022.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Norizan Ahmad, daerah terbabit ialah Kuala Muda , Kota Setar ,Kulim dan Kubang Pasu yang merekodkan kenaikan lebih tiga kali ganda, iaitu 350 peratus.

Katanya kenaikan tersebut menjadi cabaran  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah untuk menanganinya.

"Kes demam denggi kita mencecah 5,512 pada tahun 2023 berbanding hanyalah 1,461 pada tahun 2022 dan kematian pada 2023 meningkat seramai sembilan kematian berbanding hanya dua pada 2022. Jadi ini merupakan satu cabaran hebat untuk kita menangani isu demam denggi," katanya.

Dr Norizan Ismail ditemui  selepas menjadi tetamu bicara I –sihat di  konti RTM Kedah di Alor Setar sempena Pesanan Tahun Baru 2024 JKN Kedah.

Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan persekitaran di dalam dan luar rumah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes .

ZEHRA BINTI ZAMBRI