BANGI, 3 Disember- Kecemerlangan pengetahuan tidak hanya bergantung pada teknologi namun ia harus dimanfaatkan dengan adab dan hikmah khususnya generasi muda.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan itu juga perlu memahami konsep 'Adabani Rabbi Fa'asanta' dengan kekuatan dan asas ilmu menerusi pembacaan dan menelaah karya-karya besar dan agung.
"Ini satu hal yang harus difahami oleh generasi muda terutamanya tradisi ilmu pencerahan seperti apa yang disebut.
"Saya kira untuk mengangkat martabat ummah asasny adalah dengan melatih rakyat sama ada menerusi pendigitalan atau menggunakan kecerdasan buatan(AI)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika merasmikan Majlis Pelancaran Buku 'Amanah Dakwah' dan 'Mohammad Natsir Ilmuan Ulung Alam Melayu Abad Ke-20' di sini.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.