fb fb fb fb fb

Kebolehpasaran murid pendidikan khas di Melaka meningkat 83 peratus tahun lalu

Kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Melaka mencecah sehingga 83 peratus tahun lalu, meningkat berbanding 78 peratus pada tahun sebelumnya

AYER KEROH, 30 April - Kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Melaka mencecah sehingga 83 peratus tahun lalu, meningkat berbanding 78 peratus pada tahun sebelumnya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata untuk tahun ini, pihaknya menyasarkan peningkatan MBPK sehingga 86 peratus.

Justeru, beliau berkata pelbagai aktiviti dirangka bagi mengoptimumkan keupayaan murid-murid berkenaan kepada komuniti.

"Mereka dididik untuk bekerja selepas tamat persekolahan, biasanya mereka akan tamat Tingkatan Lima, jadi mereka akan dilatih untuk bekerja di pelbagai lapangan industri, kulinari dan kraftangan. Walaupun mereka ini mungkin ada sedikit daya kebolehan mereka, agak berkurangan daripada orang lain tapi sebenarnya ada insentif," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Karnival Kebolehpasaran Pendidikan Khas 2024, di sini.

Pada majlis itu, seramai 3,000 murid pendidikan khas menyertai karnival tersebut dengan pelbagai aktiviti dirangka bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang kemahiran.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN