fb fb fb fb fb

Kebolehpasaran graduan: UMP lepasi sasaran ditetapkan empat tahun berturut-turut

KUANTAN, 5 Ogos- Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang empat tahun berturut-turut dengan kebolehpasaran graduan melepasi 90 peratus.

Angka itu melebihi sasaran 80 peratus ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin, kebolehpasaran graduan melonjak tahun ini melonjak kepada 96 peratus dengan 70 peratus graduan daripadanya bekerja menjurus kepada bidang pengajian masing-masing.


“Tetapi yang 70 peratus itu adalah yang bekerja tetapi yang selebihnya itu ada yang berniaga dan yang bekerja sendiri yang menunggu pekerjaan, dalam 20 peratus lebih kurang, yang sambung belajar yang bekerja sendiri jadi usahawan dan mengikuti latihan jadi yang tak bekerja itu tadi kalau ikutkan survey kita itu tadi empat peratus," katanya.


(Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin)

UMP turut diiktiraf universiti teknikal terbaik Malaysia selain menduduki tangga kesembilan universiti seluruh negara.

Yuserrie berkata demikian ketika sidang media memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen ke-16, UMP di Dewan Kompleks Sukan UMP, Gambang, Kuantan.

Seramai 4,082 graduan sesi 2021 bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan bermula esok sehingga Selasa ini.

Daripada keseluruhan graduan diraikan itu, 280 merupakan penerima doktor falsafah dan sarjana, 2,741 graduan sarjana muda dan diploma serta 1,061 graduan UMP Advanced.

Sesi pertama majlis konvokesyen itu kan disempurnakan Pro Canselor UMP, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Media Baharu