fb fb fb fb fb

Kebocoran gas 'methyl mercaptan', 39 individu alami pening dan mual

Foto JBPM

SEPANG, 4 Julai- Kebocoran gas 'methyl mercaptan' di sebuah tangki tidak digunakan menyebabkan 39 individu mengalami pening dan mual di 'Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering', Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seramai 24 mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital susulan insiden itu.

Seramai 14 mangsa masih berada di Unit Kecemasan Udara (ADU) manakala seorang lagi di Hospital Putrajaya.

"Lokasi kebocoran gas ditemukan dan berpunca daripada tangki yang tidak lagi digunakan.

"Isi kandungan tangki merupakan bahan dipanggil 'methyl mercaptan' yang digunakan sebagai campuran kepada gas petroleum cecair (LPG) untuk memberi bau.

"Pihak TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) sedang menampal tempat yang bocor dan akan 'dismantle' (bongkar) tangki tersebut untuk dihantar ke kualiti alam bagi tujuan pelupusan," menerusi kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM