fb fb fb fb fb

Kebakaran: Rumah penyampai radio SIBUFM antara yang terlibat

Kebakaran melibatkan 8-9 buah rumah di Kampung Hilir Sibu lewat petang tadi

SIBU 22 September- Satu kebakaran besar berlaku di Kampung Hilir Sibu lewat petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 6:43 petang.

Komander operasi memaklumkan kebakaran itu melibatkan lapan hingga sembilan buah rumah.

Sehingga pukul 7:40 malam, kerja-kerja operasi pemadaman masih dijalankan oleh pihak bomba.

Seramai 25 orang anggota bomba dikejarkan ke lokasi bersama beberapa buah jentera pemadam api.  

Salah sebuah rumah yang terbakar adalah milik keluarga penyampai radio SIBUFM, Iskandar Joni.

ROSLINA BINTI DIN