
KUALA LUMPUR, 10 Februari –Kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kerajaan persekutuan dan negeri.
- Mengutamakan manfaat nyata dan terus dirasai oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan.
- Memperkukuh penyelarasan dasar antara persekutuan dan negeri untuk pelaksanaan yang berkesan.
- Mengatur inisiatif pembangunan bersama secara tersusun demi kesan maksimum kepada masyarakat.
Perkara itu menjadi antara fokus utama Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, hari ini.
“Penekanan turut diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat, agar setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Katanya, keutamaan itu dizahirkan menerusi usaha memperkukuh penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama yang lebih tersusun dan berkesan.