fb fb fb fb fb

Kebajikan guru KAFA terus jadi keutamaan kerajaan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR , 29 Oktober - Kerajaan komited memperkasa kebajikan dan pembangunan profesional guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memperkenalkan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam latihan guru KAFA.

Pada masa sama, JAKIM turut  bekerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkasa pendidikan bagi murid berkeperluan khas.

"Ini menunjukkan bahawa satu untuk peningkatan bukan hanya merujuk kepada peruntukan dan kenaikan tetapi juga pada sudut keseluruhan.

"Bermula dari tahun 1990 lagi kita nampak kenaikan dari semasa ke semasa, malahan kerajaan telah juga menaikkan RM1,100, tetapi jika dimasukkan PERKESO dan KWSP ia melebihi daripada jumlah tersebut.

"Kita lihat ada negeri-negeri yang memberikan peruntukan untuk menyokong dan membantu menambah peruntukan yang ada dari peringkat Persekutuan. Ini menunjukkan bahawa negeri dan Persekutuan itu ada dan lebih baik," katanya.

Penyataan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki di Dewan Rakyat di sini.

Selain itu bilangan guru KAFA kini  juga meningkat daripada 35,000 kepada 36,500 orang di seluruh negara.

Tegas beliau, usaha itu akan diteruskan demi menjamin kesejahteraan guru KAFA serta memperkukuh peranan mereka dalam mendidik generasi muda berteraskan nilai Islam dan akhlak mulia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM