Keamanan negara tuntut usaha kolektif semua pihak – PM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Februari – Usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian negara memerlukan tindakan kolektif semua pihak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keamanan negara memerlukan tindakan kolektif semua pihak, bukan hanya pasukan keselamatan.
  • Perlu komitmen dan kerjasama semua lapisan masyarakat untuk mengekalkan keharmonian.
  • Tanggungjawab bersama termasuk sokongan padu dari tentera dan polis.
  • Amalkan toleransi, fahamkan perbezaan, hormat dan terapkan nilai kemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tanggungjawab itu tidak hanya digalas pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.

Jelasnya, keamanan negara menuntut sokongan padu dan rasa tanggungjawab bersama dalam memastikan keharmonian dapat dicapai.

“Untuk mengekalkan keamanan, ia memerlukan dukungan dan tanggungjawab tentera, polis, tetapi ia sebenarnya tanggungjawab kita semua.

“Kita juga mesti ada toleransi. Perbezaan tidak harus mengundang kebencian sebaliknya cuba faham, hormat dan memuliakan termasuk menerapkan nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.