KUALA TERENGGANU, 7 Januari- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
Anak Abdul Hadi Dr Muhammad Khalil berkata ayahnya kini dalam pemerhatian pihak IJN dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
“(Keadaan Abdul Hadi) Stabil dan dalam pemerhatian IJN. Setelah berbincang dengan IJN, dinasihatkan Tuan Guru tidak menerima pelawat. Insya-Allah akan keluar wad dalam masa terdekat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu itu, ketika dihubungi Bernama.
Dilaporkan Abdul Hadi yang berumur 76 tahun, menerima rawatan di IJN sejak 1 Jan lepas. - BERNAMA