fb fb fb fb fb

KD Pendekar tenggelam selepas bocor di perairan Kota Tinggi

Kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah tenggelam sepenuhnya pada pukul 3:54 petang tadi selepas mengalami kebocoran / Foto RTM

KOTA TINGGI, 25 Ogos - Kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah tenggelam sepenuhnya pada pukul 3:54 petang tadi di kedudukan dua batu nautika dari Tenggara Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor, selepas mengalami kebocoran.

TLDM memaklumkan, kerosakan struktur kapal dipercayai berlaku selepas KD Pendekar melanggar objek di dalam air pada pukul 12 tengah hari tadi.

"Operasi salvaj masih diteruskan bagi menyelamatkan kapal tersebut," menurut TLDM menerusi kenyataan terkini.

Selain itu, aset-aset TLDM telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan semasa dan menjaga keselamatan.

Kesemua 39 kru KD Pendekar tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut dan kini ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN