fb fb fb fb fb

Kastam Perak patahkan cubaan seludup arak, rokok RM1 juta

Kastam Perak patahkan cubaan seludup arak, rokok RM1 juta

IPOH, 13 Disember- Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras, rokok putih dan kretek pelbagai jenama di tiga lokasi berbeza membabitkan nilai rampasan hampir RM1 juta.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad dalam kenyataan memaklumkan, rampasan barangan tersebut dilakukan di dua lokasi di Perak dan satu di Johor Bharu. 

Hasil serbuan di dua lokasi di Chemor dan Johor Bharu, pihaknya berjaya merampas 1.3 juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai duti berjumlah hampir RM900,000. 

"Manakala serbuan di sebuah premis di Gopeng, lebih 1,000 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai duti lebih RM50,000 yang disyaki barang belum lulus dan disimpan turut dirampas.

"Dalam serbuan itu, tiga orang warga tempatan di tahan untuk membantu siasatan", menurut kenyataan itu.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

ROSLINA BINTI DIN