fb fb fb fb fb

KASA peruntuk RM343 juta bagi pemuliharaan muara sungai dan hakisan pantai di Terengganu - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap sempena majlis perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu)

KUALA NERUS, 4 Jun - Pelbagai projek dirancang dan diluluskan di Terengganu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada masyarakat di negeri tersebut.

Sehubungan itu, RM343 juta diperuntukkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pemuliharaan muara sungai dan hakisan pantai di empat daerah, antaranya Setiu, Kemaman, Dungun dan Marang yang dijangka selesai pada bulan Januari tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerosakan benteng pemecah ombak semasa musim tengkujuh mengakibatkan pemendapan pasir sekali gus mencetekkan laluan bot ke jeti Pelabuhan Chendering, Marang.

(Foto fail/fotoBERNAMA)

"Kerajaan maklum tentang kerosakan benteng pemecah ombak yang membawa kepada berlakunya pemendapan pasir sekali gus mencetekkan laluan bot ke jeti Pelabuhan Chendering, Marang dan menyukarkan proses pendaratan ikan," kata beliau ketika berucap sempena majlis perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata dalam bidang kesihatan pula, projek Hospital Dungun dijangka siap dibina tahun ini.

Lima lagi projek dijadual siap tahun depan adalah pembinaan Hospital Kemaman,klinik kesihatan Kampung Raja serta naik taraf dan penggantian sistem lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Media Baharu