fb fb fb fb fb

Karnival MYFutureJobs, tawar hampir 6,000 jawatan kosong

MELAKA, 10 Oktober- Sebanyak 5,920 kekosongan jawatan pelbagai sektor ditawarkan pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs yang berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Abd Razak Omar berkata karnival kerjaya berskala besar selama tiga hari itu juga diadakan bersempena SMART Melaka International Conference and Expo 2023 (SMIX2023).

Mengulas lanjut Abd Razak berkata, penyertaan majikan terdiri daripada pelbagai sektor, memberi ruang kepada pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan secara langsung.


(Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka,
Abd Razak Omar)

"Angkatan tentera buat saringan yang pertama, Angkatan Tentera Laut. Dalam bidang peruncitan, bidang pembuatan bidang hospitaliti, ada berbagai majikan yang ada.

"Jadi, saya amat mengharapkan peluang ini dapat direbut diambil oleh semua temuduga di luar sana untuk hadir pada tiga hari tersebut, bermula pada hari Khamis hingga hari Sabtu bawa resume dan datang untuk pendaftaran. Kalau boleh datang pagi-pagi dan terus ditempatkan dalam temuduga dan seterusnya dapat ditempatkan di alam pekerjaan”, katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Program Perkeso Mendekati Media yang disempurnakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.

Berdasarkan statistik portal MYFutureJobs, Melaka mencatatkan sebanyak 37,097 kekosongan jawatan aktif sehingga September 2023, sementara seramai 63,248 pencari kerja di Melaka sudah berdaftar bermula 1 Januari 2021 hingga September tahun ini.

Media Baharu