fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya Pelancongan 2022: Lebih seribu peluang pekerjaan ditawarkan 15 majikan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Lebih seribu peluang pekerjaan ditawarkan oleh 15 majikan pelbagai industri di seluruh negara pada Karnival Kerjaya Pelancongan 2022.

Bakal berlangsung esok hingga 7 Ogos di Hotel Quayside, Dataran Sungai Melaka, Melaka, program tiga hari itu merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menawarkan peluang pekerjaan secara langsung kepada orang ramai, khusus di kawasan sekitarnya.

(Mohd Zamri Mat Zin)

Timbalan Setiausaha Pelancongan MOTAC, Mohd Zamri Mat Zin berkata karnival kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu juga bertujuan memastikan sektor hospitaliti negara dapat terus kekal dan bertahan.

"Hampir 50 peratus atau 450 peluang pekerjaan ituditawarkan di hotel-hotel di Melaka, kita juga menampilkan AirAsia, KTMB dan beberapa lagi syarikat yang dalam sektor hospitaliti.

"Kita yakin ini serba sedikit akan melapangkan dan memberi nafas baharu ataupun memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja yang masih lagi mencari-cari apakah bentuk pekerjaan yang sesuai untuk mereka," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam program terbitan RTM di Angkasapuri.

Media Baharu