fb fb fb fb fb

Kapal Israel disekat masuk Malaysia - Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kerajaan Malaysia akan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta merta. 

"Malaysia juga memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. Malaysia turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia," kata Anwar menerusi kenyataan.

Jelas Anwar, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia dan pada 2005 , Kabinet memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Kerajaan membatalkan semua keputusan Kabinet lalu itu susulan tindak balas Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi kekejaman berterusannya terhadap Palestin.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM