fb fb fb fb fb

Kanak-kanak melecur dalam kebakaran dua buah rumah di Kampung Seberang Ramai

FOTO JBPM PERLIS

KUALA PERLIS, 15 Mac- Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun melecur di beberapa bahagian badan dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis terbakar kira-kira jam 5.10 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Penguasa Bomba Norazwan Hashim, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah berkenaan pada pukul 5.15 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis dibantu pasukan bomba sukarela bersama 40 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 Harmi Abdul Rahman bergegas ke lokasi kejadian.

Kebakaran yang memusnahkan 100 peratus dan 60 peratus kediaman berkenaan berjaya dikawal pukul 5.40 petang dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 5.54 petang.

Ketika kejadian terdapat tiga kanak-kanak termasuk mangsa yang melecur di sebuah rumah manakala sebuah rumah lagi tiada penghuni.

Mangsa yang melecur kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dapur salah sebuah rumah dan merebak ke rumah berhampiran.

Pasukan forensik akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta nilai kerugian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE