fb fb fb fb fb

Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemui selamat

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 September - Seorang kanak-kanak lelaki, 10 tahun ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan berkata, Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada pukul 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.

"Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.

"Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat," katanya.

Semalam, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

TETITIA YUSOFF