Kanak-kanak 11 tahun dikhuatiri lemas mandi di Pantai Tanjong Buloh

Foto Polis

KOTA TINGGI, 17 Februari -Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Tanjong Buloh, Sedili Kecil, di sini, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang belum ditemui sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.
  • Dua rakan korban berusia 11 dan 16 tahun berjaya diselamatkan dan menerima rawatan lanjut.
  • Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor menerima panggilan kecemasan sebelum jentera bomba tiba di lokasi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, PBK I Muhammad Hashim Ismail berkata, seorang lagi rakannya yang juga kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan remaja 16 tahun berjaya diselamatkan.

“Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang belum ditemui sedang giat dijalankan. Manakala Kedua-dua mangsa yang selamat menerima rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 1.17 tengah hari, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar tiba di lokasi kejadian.