PUTRAJAYA, 3 September - Setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Kewangan diingatkan agar tidak gentar dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri akan terus mempertahankan tindakan kakitangan yang menjalankan tugas dengan baik.
"Jalankan tugas seperti biasa dan jangan gerun dengan mana-mana nama,tanpa terkecuali.
"Selagi saya pegang jawatan ini, saya tak peduli dgn apa-apa cabaran dan ugutan.
"Saya akan pertahankan petugas yang jalankan tugas dengan baik," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.