fb fb fb fb fb

Kaji sebelum buat pelaburan

(Mahani Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Pulangan lumayan luar biasa menjadikan mangsa sindiket pelaburan "gelap mata".

Kebanyakannya melibatkan skim penipuan popular seperti skim emas, mata wang digital, saham dan perniagaan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad, Mahani Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya lebih peka dan siasat terlebih dahulu setiap pelaburan yang ditawarkan.

"Apabila kita dapat tawaran pelaburan kita kena buat kajian yang sangat teliti, kita kena pergi berjumpa orang itu bersemuka, kebanyakkan mangsa yang kena scam ini sebenarnya dia tidak pernah jumpa pun orang yang dia bagi duit itu.

'Jadi nasihat saya kita jumpa bersemuka tengok lesen dia sah ke tidak, kalau rasa sangsi lagi ambil telefon syarikat yang di wakili itu bagi nama periksa betul atau tidak orang ini mewakili syarikat tersebut," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menjadi tetamu dalam Program terbitan RTM di Angkasapuri.

(Orang ramai diingatkan supaya lebih peka dan siasat terlebih dahulu setiap pelaburan yang ditawarkan)

Berdasarkan rekod pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes melibatkan penipuan dalam talian semakin meningkat saban tahun.

Pada 2020, 47 kes penipuan dilaporkan setiap hari dan 57 kes pada tahun 2021.

Manakala tahun ini, bermula Januari hingga Mei, sebanyak 72 kes penipuan dilaporkan setiap hari.

Media Baharu