Kaedah baharu kenaikan pangkat PDRM, ATM tingkat profesionalisme, perkukuh integriti

Sebarang penambahbaikan kemajuan kerjaya bakal memberi impak positif kepada motivasi / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Ogos Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kaedah baharu proses kenaikan pangkat bagi warga pasukan keselamatan itu serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memberi perhatian kepada pembangunan dan kemajuan kerjaya anggota pasukan keselamatan.
  • Penambahbaikan laluan kenaikan pangkat dijangka meningkatkan motivasi, moral dan profesionalisme pegawai dan anggota.
  • Penghargaan kepada kepimpinan atas keprihatinan terhadap jasa dan pengorbanan anggota negara.
  • Komitmen ini menyuntik semangat untuk memperkukuh integriti dan memberikan perkhidmatan polis terbaik demi keselamatan rakyat.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan kaedah baharu itu dijangka diumumkan ketika sambutan Ambang Merdeka di Stadium Merdeka, 30 Ogos ini.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar serta kepimpinan kerajaan atas perhatian dan keprihatinan kepada pembangunan serta kemajuan kerjaya pasukan keselamatan negara.

“Perkembangan berkenaan amat dinantikan seluruh warga PDRM kerana mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai jasa dan pengorbanan pegawai serta anggota.

“Sebarang penambahbaikan kepada laluan serta kemajuan kerjaya anggota pasukan bakal memberi impak positif motivasi, moral dan profesionalisme pegawai serta anggota dalam melaksanakan tugas,”katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen kerajaan itu menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga PDRM untuk terus memperkukuh integriti, meningkatkan profesionalisme juga memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik demi menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.