fb fb fb fb fb

Kadar kelulusan CLP 2023 meningkat 46.33 peratus

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jun-Kadar kelulusan Calon Peperiksaan Sijil Amalan Guaman, CLP pada 2023 mencatat peningkatan iaitu sebanyak, 46.33 peratus berbanding hanya 29.87 peratus pada 2022 kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Bagaimanapun, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia kini sedang meneliti kaedah penilaian baharu ujian berkenaan.

"Badan kelayakan profesion Undang-Undang telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa CBC bagi mengkaji pelaksanaan CBC dan CBE.

"Antara aspek yang akan dikaji kandungan silibus dan kurikulum kaedah penilaian, tenaga pengajar, pentadbiran, pengurusan dan kewangan untuk laksana CBC dan CBE", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin di Parlimen hari ini.

M. Kulasegaran turut menyasarkan Jawatankuasa CBC dan CBE dapat membentangkan hasil kajian berkenaan sekurang-kurangnya enam bulan selepas di tubuhkan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD