fb fb fb fb fb

Kadar jenayah diperairan negara dan kes seludup migran berkurangan

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Mohd Zawawi Abdullah ketika bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Operasi Redback 19 / 2024 antara Maritim Malaysia dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) di Bandar Bukit Tinggi, Klang

KLANG, 5 Disember - Kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan hasil operasi berterusan dan kerjasama antarabangsa yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Mohd Zawawi Abdullah berkata, ini dilihat melalui pengurangan jumlah tangkapan yang melibatkan kes penyeludupan migran.

Menurutnya kes bawah akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 mencatatkan penurunan 13 kes pada 2022 kepada empat kes tahun lepas.

"Kerjasama antara ABF dan Maritim Malaysia menunjukkan kesan positif dalam memerangi jenayahn rentas sempadan terutama penyeludupan migran. Trend sudah kurang atau berubah bergantung kepada sindiket melakukan aktiviti ini.

"Selain itu ada tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya tangkap, 64 kes PATI dan 214 individu ditahan. PATI masih aktif masukm secara haram. Banyak berminat datang cari rezeki di sini.14 kes kontraban pada tahun ini. penyeludupan rokok, dadah, daun ketum walaupun tidak kerap seperti dua tiga tahun sebelu ini. Nilai rampasannya (kontraban) melebihi RM1juta," kata Mohd Zawawi.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Operasi Redback 19 / 2024 antara Maritim Malaysia dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) di Bandar Bukit Tinggi, di sini.

Mengulas mengenai Operasi Redback19, beliau berkata Maritim Malaysia bersama ABF menjalankan penguatkuasaan hingga 118 batu nautika kawasan perairan dari Sabak Bernam hingga Kuala Sepang, Selangor.

Dalam operasi itu sebanyak 60 pemeriksaan kapal dan bot dijalankan. Operasi turut melibatkan sesi dialog bersama-sama komuniti maritim di dua lokasi iaitu Kampung Kelanang dan Kompleks Agrotourism Persatuan Nelayan Kawasan di Sepang, Selangor.

TETITIA YUSOFF