fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM39.02 bilion dan sejumlah RM27.28 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender Qard terdiri daripada tender RM1.1 bilion (tujuh hari) dan tender RM1 bilion (14 hari).

(FOTO HIASAN)

Selain itu, ia akan mengendalikan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion untuk jangka masa 31 hari dan tender RM500 juta bertempoh 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada masa sama, bank pusat itu mengumumkan pembukaan tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara bernilai RM3 bilion selama 30 hari, yang akan diterbitkan pada 9 Ogos.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM39.5 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM25.2 bilion bagi tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

Media Baharu