fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kukuh minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion daripada RM39.30 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai naik kepada RM18.12 bilion daripada RM17.19 bilion sebelum itu.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 24 Okt, 2024.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN