fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM34.01 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.86 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM800 juta untuk 31 hari dan tender bernilai RM540 juta untuk 92 hari.

Selain itu, BNM menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM770 juta bagi 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.4 bilion dan RM20.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM