fb fb fb fb fb

Kad fleet bawah SKDS, ada had pengisian

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 11 Jun- Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan kad fleet bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) mempunyai had pengisian dari segi liter dan bukannya jumlah nilai.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

"Yang pastinya ia mempunyai had. Had dari segi kapasiti liter. Menteri Kewangan II, Datuk Seri
Amir Hamzah Azizan akan umumkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Dasar Cukai Malaysia kali keempat anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di sini.

Bawah SKDS, terdapat 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan layak menerima kuota diesel bersubsidi menerusi penggunaan kad berkenaan.

Sementara itu, bantuan subsidi tunai RM200 sebulan, ditetapkan berdasarkan kajian dan pelbagai sesi libat urus.

Bagaimanapun jumlah itu kekal buat masa ini dan pertimbangan untuk menaikkan bantuan berkenaan akan dibuat sekiranya terdapat keperluan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI