PUTRAJAYA, 8 Mac- Kabinet setuju secara dasar Kementerian Komunikasi meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berpendapat penambahbaikan terhadap akta itu perlu dilakukan berikutan industri telekomunikasi menyaksikan perkembangan pesat sejak akta itu digubal pada tahun 1998.
"Dalam mesyuarat hari ini juga, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan secara dasar kepada usaha Kementerian Komunikasi untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Ini merupakan kesinambungan kepada dasar yang telah diputuskan sekitar Ogos 2022 lalu sebelum pembubaran Parlimen ke-15. Kementerian ini boleh meneliti akta tersebut untuk dilihat apakah aspek aspek yang perlu ditambah baik, diperbetul dan diperkemas," katanya dalam satu sidang media di sini.
Fahmi juga akan memfokuskan penelitian terhadap akta tersebut berikutan ianya perlu dilakukan.
"Jadi antara fokus utama dari segi industri adalah kepada beberapa isu teknikal serta sebarang denda yang mungkin dikenakan atas pelanggaran, sama ada standard ataupun arahan-arahan yang diberikan pada waktu ini.
"Nilai yang termaktub dalam akta pada 1998 telah berlalu, maka ada keperluan untuk kita meneliti semula semula nilai seperti yang saya maksudkan," katanya.
Dalam pada itu Jemaah Menteri diarah supaya mengambil tindakan susulan hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia baru-baru ini.
Perkara itu berikutan nilai perlaburan sebanyak RM24.5 bilion menerusi hasil pertemuan Perdana Menteri dengan 20 syarikat dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya dimeterai.
"Perdana Menteri juga telah memaklumkan kepada ahli ahli jemaah menteri mengenai beberapa tindakan susulan yang perlu diambil susulan ataupun lanjutan kepada siri bersama-sama.
"Niat pelaburan yang telah dinyatakan dan ini telah di sampaikan dan menteri-menteri sedia untuk membantu untuk menyegerakan beberapa perkara," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan MADANI turut memaklumkan Perdana Menteri juga telah mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama-sama negara Asean termasuk Thailand mengenai industri pelancongan.
"Kalau di Malaysia fokus kita pada Langkawi, jadi ada beberapa perkara Perdana Menteri telah nyatakan kepada Menteri Pelancongan untuk diteliti. Termasuk isu harga, kos, makanan dan sebagainya.
"Di Langkawi ini diberikan penekanan dan insya-Allah perkara ini akan disusuli Menteri Pelancongan," kata Fahmi.