fb fb fb fb fb

Jurang perkhidmatan kesihatan punca kes tibi meningkat di Sabah

Foto Hiasan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -Jurang perkhidmatan kesihatan, antara punca Sabah mencatat kadar penyakit tuberkulosis (Tibi) tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Saun berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiat pengesanan penyakit khususnya di pedalaman.

Jelas Lukanisman, pihaknya kini dalam proses perolehan mendapatkan Ultra Portable X-ray.

"Kita cuba untuk mengenal pasti mekanisme perolehan ataupun cara yang terbaik memperolehi Ultra Portable X-ray supaya dapat dikembangkan di lokasi-lokasi agar saringan dapat dilaksanakan.

"Selain itu, kami turut beri penekanan kepada pendekatan tidak bekerja secara 'Sylo' dimana kami boleh bekerjasama dengan kementerian atau agensi seperti PERKESO atau PBT bagi menangani lokasi-lokasi yang mempunyai kepadatan tinggi", kata Lukanisman ketika menjawab soalan Senator Dr.Lingeshwaran menyatakan trend peningkatan mendadak kes tibi seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Tahun lalu, sejumlah 26,781 insiden kes tibi direkodkan di seluruh negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD