fb fb fb fb fb

Junta Myanmar bebaskan lebih 9,000 tahanan, sempena sambutan Hari Kemerdekaan

Foto AFP

YANGON, 4 Januari- Junta Myanmar mengumumkan pengampunan untuk lebih 9,000 banduan pada Khamis, sebahagian daripada pembebasan tahunan sempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Acara tradisional itu berlaku ketika tentera, yang mengambil alih tampuk pemerintahan menerusi rampasan kuasa tentera pada 2021, menghadapi tentangan yang semakin meningkat daripada kumpulan bersekutu di utara negara itu.

Menurut penganalisis, gabungan kumpulan etnik bersenjata berkata mereka telah menawan kedudukan tentera dan hab sempadan yang penting untuk perdagangan dengan China, yang menimbulkan ancaman serius kepada junta.

Hari Kemerdekaan di Myanmar disambut dengan acara perarakan di ibu negara Naypyidaw, diikuti dengan ucapan ketua junta, Min Aung Hlaing.

Bagaimanapun, ketua junta itu tidak hadir tahun ini, hanya seorang anggota bawahan diarah untuk membaca kenyataan yang disediakan sebagai gantinya.

"Pengampunan telah diberikan kepada 9,652 banduan dari penjara masing-masing sebagai isyarat untuk Hari Kemerdekaan ke-76 dan menghormati keamanan dalam hati dan minda rakyat", kata kenyataan Majlis Pentadbiran Negeri dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, tiada petunjuk diberikan mengenai maklumat pembebasan tahanan politik.

Dalam satu kenyataan berasingan, junta berkata bahawa 114 banduan asing adalah antara yang diberikan pengampunan dan akan dihantar pulang "atas hubungan dua hala dan alasan kemanusiaan".

Namun, tiada butiran lanjut diberikan.

Di ibu kota komersial Yangon, rakan dan ahli keluarga banduan berkumpul di luar penjara Insein, di mana tahanan akan dibebaskan.

Myanmar mengisytiharkan kemerdekaan daripada penjajah British pada 4 Januari 1948, selepas perjuangan panjang yang diperjuangkan oleh Jeneral Aung San, menggulingkan bapa pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Hari Kemerdekaan biasanya disambut meriah dengan pelbagai permainan jalanan, perarakan dan perhimpunan di taman dan ruang awam.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM