fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir tidak banyak berubah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Jumlah penduduk yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Johor tidak banyak berubah.

Sehingga pukul 4 petang tadi, 521 orang masih berlindung di 33 PPS di Dungun.

Cuaca baik di beberapa tempat membolehkan penduduk pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat. 

Di Pahang, jumlah penduduk terjejas kekal 22 orang daripada 5 keluarga.

Mereka ditempatkan di satu PPS di Rompin.

Di Johor, 29 orang masih berlindung di satu PPS di Kota Tinggi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD