fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Seberang Perai menurun, satu PPS ditutup

FOTO APM Seberang Perai

SEBERANG PERAI, 18 September- Situasi banjir di Seberang Perai menunjukkan trend menurut dengan jumlah penduduk terjejas, dilapor berkurang kepada 602 orang daripada 165 keluarga, berbanding 614 penduduk pada pukul 4 petang tadi.

Satu pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Dewan Bukit Teh di Seberang Perai Tengah turut ditutup  menjadikan hanya 10 PPS yang masih dibuka, berbanding 11 buah PPS pagi tadi.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 10 buah PPS yang masih beroperasi, dibuka di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

Di daerah SPT, empat, PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa , SMK Permatang Pasir; dan Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah.

Ia melibatkan 123 penduduk terjejas daripada 29 keluarga.

Bagi daerah SPS, dua PPS dibuka iaitu di Dewan Sungai Bakap; dan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sanglang melibatkan 62 penduduk yang dipindahkan daripada 25 keluarga.

Sementara itu, SPU pula, empat PPS dibuka iaitu di SK Lahar Yooi, Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan, SK Padang Menora; dan Dewan Banjir Labuh Banting dengan jumlah keseluruhan yang dipindah seramai 421 daripada 113 buah keluarga. 

Setakat petang tadi, tiga daerah tersebut mencatatkan antara yang paling teruk terjejas ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE