RAUB, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang kembali menunjukkan trend peningkatan melibatkan 511 orang setakat 4.00 petang tadi berbanding 155 orang setakat pukul 12.00 tengah hari.
Lipis antara daerah terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Menurut portal InfobencanaJKM, dua PPS yang baharu dibuka di Lipis adalah Dewan Orang Ramai Kuala Medang menempatkan113 penduduk manakala Dewan Orang Ramai Kuala Serau pula menempatkan 21 orang.
Tujuh PPS dibuka di Raub pula menempatkan 377 penduduk terjejas.
"PPS tersebut adalah Surau Kampung Peruas, Balairaya Kampung Pamah Kulat, Balairaya Kampung Pamah Rawas dan Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas.
"Terbaharu, penambahan tiga lagi PPS di daerah Raub iaitu Balairaya Kampung Kuala Keloi, Dewan Lechar dan Dewan Orang Ramai Bukit Pampong," kata InfobencanaJKM.