fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Muallim berkurang setakat pukul 10 malam

FOTO APM MUALLIM

MUALLIM, 4 Ogos- Perkembangan banjir di Perak.

Jumlah penduduk terjejas setakat 10 malam tadi adalah seramai 59 orang daripada 13 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di daerah Muallim.

PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen menempatkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 49 orang daripada 10 keluarga.

Manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari pula menempatkan 10 penduduk daripada tiga keluarga.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE