fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menurun

- Kenderaan mengharungi air banjir berhampiran lampu isyarat di Pekan Rantau Panjang/FOTO FAIL BERNAMA

PASIR MAS, 20 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pasir Mas, Kelantan menunjukkan sedikit penurunan setakat pukul 11 malam tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 3, 230 penduduk terjejas banjir direkodkan setakat ini berbanding 3, 240 orang pada 7 malam tadi.

Kesemua mereka daripada 990 keluarga itu masih berlindung di 10 di pusat pemindahan sementara (PPS) sementara yang beroperasi melibatkan jajahan tersebut.
 
PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh masih menempatkan penduduk terjejas banjir paling ramai 901 orang daripada 288 keluarga diikuti PPS SMK Baroh Pial 507 orang daripada 207 keluarga dan SK Gual Periok 501 orang daripada 119 keluarga.

Dalam pada itu, menurut Public Info banjir JPS, satu sungai utama mencatatkan aras melebihi tahap bahaya iaitu Sg Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas iaitu 9.27 meter, bagaimanapun trend adalah menurun

GRACE AISYAH KEDAYAN