PASIR PUTEH, 22 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan setakat pukul 4.00 petang tadi direkodkan seramai 370 orang daripada 95 keluarga.
Situasi itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 409 orang daripada 105 keluarga pukul 12.00 tengah hari.
Menurut laman web Info Bencana Banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mereka ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Puteh.
Pasir Puteh merekodkan seramai 312 penduduk terjejas banjir daripada 81 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan dalam Rhu, Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Sekolah Kebangsaan Sungai Petai dan Dewan Kompleks Kamil.
Manakala di Bachok, 58 penduduk terjejas banjir dari 14 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.
Satu PPS di Machang membabitkan PPS SK Pak Roman telah yang menenmpatkan lima penduduk terjejas banjir telah ditutup tengah hari tadi.