(Foto fail)
ALOR SETAR, 31 Oktober- Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Kedah menurun kepada 95 orang pada 8 pagi tadi berbanding 141 semalam.
Mereka masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (Pertahanan Awam) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata penduduk yang berada di dua PPS berkenaan belum pulang ke rumah masing-masing kerana paras air masih belum surut sepenuhnya.
"Cuaca hujan yang turun secara tidak menentu antara faktor.
"Kesemua penduduk yang ditempatkan di dua PPS itu terdiri daripada 32 keluarga," kata Muhammad Suhaimi kepada media di sini.
Di daerah Kubang Pasu, satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai yang dibuka sejak 26 Oktober lepas ketika ini menempatkan 20 orang daripada
tujuh keluarga.
Manakala PPS SK Suka Menanti di daerah Kota Setar yang dibuka sejak 28 Oktober lalu menempatkan 75 orang daripada 25 keluarga..
(Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Kedah turun kepada 95 orang)